Rasa Dalam Hati
29/1/2012 ^^
oye, dapat RM1600, jom enjoy :DD
hotak hang enjoy.

Wednesday, December 14, 2011

Lelaki makhluk ego. tapi saya tak nak ego. sebab saya tau ego boleh buat saya hilang orang yang saya sayang.. kadang-kadang mintak maaf bukan bermakna saya salah dan awak betul. tapi sebenarnya saya sayang hubungan ni lebih dari ego saya sendiri.




Hadirnya seorang insan dalam hidup kita, pasti Allah sudah tetapkan hikmah di sebalik pertemuan itu. Cuma mungkin hati kita yang bersulam noda tidak mampu melihat hikmahnya.




Tapi
Semua tu cuma kata - kata
Yang nyata
Tanpa saya
Awak masih baik - baik juga





Ya Allah . .
KAU yang Maha tahu segalanya . .
bila kehadiranku menganggu hatinya, 
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka. .
bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya. .
maka kau jauhkanlah aku darinya. .
bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa. .
bila aku bukan yang terbaik . .
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir . .
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik. .
maka jarakkan kami . . pisahkan kami
Usah menangisi perpisahan. .
kelak Dia akan gantikan . .
dengan seseorang yang telah tercatat . .
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu . .





BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

1 comment: